Depression atau kemurungan adalah salah satu penyakit mental yang paling banyak dihidapi oleh masyarakat seluruh dunia, malah di Malaysia. Jika anda anggap penyakit depression ini remeh, anda silap! Pergi tanya orang-orang yang anda tahu mempunyai depresi tentang bagaimana rasanya depresi atau baca 5 perkara di bawah:
1. Depression bukan tentang kesedihan semata-mata.
Orang yang mengalami masalah depresi juga mengalami simptom rasa bersalah, rasa cemas, rasa sudah tiada harapan dalam dunia ini dan selalunya mengasingkan diri sendiri daripada kawan-kawan dan keluarga. Kesedihan tu cuma sebahagian daripada simptom sahaja. Dan tak semestinya penghidap depresi selalu sedih sepanjang masa. Ada hari tertentu yang mereka rasa bertenaga dan boleh melakukan kerja dengan baik.
Tapi jarang dapat.
Dan paling penting, kemurungan adalah suatu penyakit yang konsisten simptomnya, sekurang-kurangnya 2 minggu. Jika kurang daripada itu, anda atau si dia mungkin mengalami masalah stress atau sakit lain (tak bermakna ia tidak penting!). Jadi sebaiknya cegah sebelum parah.
2. Kebanyakan orang yang mengalami depression akan menyembunyikan sakit dan perasaan mereka
Orang yang mengalami depresi akan rasa malu untuk meluahkan masalah mereka. Secara logiknya, kita memang akan rasa malu dan hanya akan meluahkan perasaan atau masalah yang dihidapi kepada sesetengah orang sahaja. Jadi, jika anda adalah antara yang tahu tentang masalah depresi seseorang, anda memang cukup bertuah sekiranya si dia memilih anda sebagai tempat luahan, kerana bukan senang mereka untuk meluah.
3. Depression disebabkan oleh pelbagai faktor
Menurut kajian, terdapat banyak faktor yang boleh dihubung kait dengan depression. Secara amnya, setiap penyakit mental atau 'mental illness' boleh disebabkan oleh 3 faktor utama iaitu 'biological factor' (faktor biologi), 'psychological factor' (faktor psikologi) dan 'environment' (persekitaran).
4. Depression boleh menyebabkan masalah fizikal

Antara tanda-tanda dan simptom fizikal yang boleh dialami ketika depression ialah sakit badan yang kronik terutama pada bahu dan leher, cirit-birit, perut rasa tak selesa dan sakit kepala. Ini juga antara sebab kenapa ada hari-hari yang pesakit depression tak dapat bangun dari katil - disebabkan simptom fizikal dan mental.
5. Simptom depression ada yang berbeza, bergantung pada seseorang

Terdapat variasi simptom yang dihidapi oleh pesakit depression. Contohnya, ada yang tak boleh tidur langsung, ada tidur banyak dan ada juga yang mengalami masalah gangguan tidur (tidur sekejap-sekejap/terjaga). Selain itu, ada juga yang sentiasa nak makan dan ada juga yang tak nak makan langsung.
Sekiranya anda syak orang yang anda kenal mengalami kemurungan atau depression atau anda sendiri mengalami masalah tersebut, dapatkan bantuan (walaupun ianya sukar untuk meluah masalah anda) dan ketahuilah anda tidak keseorangan.
Rujukan:
Psychiatry Fourth Edition by John Geddes, Jonathan Price and Rebecca Mcknight
No comments:
Post a Comment