Wednesday, 28 December 2016

Fakta Tentang Gila dan Sakit Mental


Perkataan ‘Sakit Mental’ sendiri dah memberi tanggapan buruk kepada orang ramai. Bahasa mudah kita panggil ‘gila’, bahasa Arab pula kita panggil ‘majnun’. Orang yang dipanggil gila selalunya mereka yang duduk-duduk atau berkeliaran di tepi jalan dengan pakaian tak senonoh atau pelik. Tiba-tiba panggil, kejar kita atau pun dia duduk diam saja dan kita lalu di hadapan dia sambil tengok macam tengok haiwan dalam zoo. Macam biasa dengar kan?

Selain itu, betulkah orang yang sakit mental itu gila? Betulkah pemahaman kita tentang sakit mental? Ada beza ke ‘gila’ dan ‘sakit mental’?

Baik. Di sini aku mudahkan untuk sama-sama kita faham tentang perkara ni.

Kalau kita rujuk laman web Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Kamus Pelajar Edisi Kedua mendefinisikan ‘gila’ sebagai menanggung akibat sakit fikiran, tidak sihat fikiran atau sakit otak. Kita tengok sendiri, ada macam-macam definisi dalam tu, tapi semua lebih kurang sama. Ada juga perkataan ‘gila-gila’ dan ‘tiga suku’-juga beri makna yang lebih kurang sama.

Manakala ‘sakit mental’ pula bermaksud tidak siuman atau gila, juga dari Kamus Pelajar Edisi Kedua.

Jadi, ini bermakna kedua-dua perkataan memberi maksud yang sama dan selari dengan apa yang masyarakat faham.

Tapi bagi sesetengah orang, lebih-lebih lagi para doktor, pakar kesihatan dan yang mengalami sakit mental atau gila tidak gemar apabila masyarakat menggunakan perkataan ‘gila’ untuk merujuk kepada orang yang mengalami sakit atau gangguan jiwa. Mengapa?

Pada hemat aku sendiri, perkataan ‘gila’ didengari dan kelihatan sebagai sebuah label terhadap orang yang mengalami masalah gangguan jiwa atau sakit mental. Aku sendiri tak suka mendengar perkataan itu digunakan. Bukan pilihan dia untuk mengalami sakit tersebut.
Aku lebih suka dengan bahasa Inggeris, lebih lembut kedengarannya.

‘Mental Illness’.


Kerana kesihatan mental juga sama penting dengan kesihatan fizikal.



Korang boleh download artikel ni juga dengan klik link ini --> NewsEdu

No comments:

Post a Comment