Sejuk dan dahaga.
Aku menerpa meja makan bersama botol kosong oren berjenama Tupperware. Botol kosong itu aku isi dengan air dari bekas air di meja makan tadi. Meski cuaca sejuk begini, tekak aku masih kering, mahu air.
Setelah mengisinya dengan separa penuh, aku bawanya masuk ke dalam bilik semula lalu membuka almari pakaian. Aku meraba dalam kegelapan dengan deria sentuhanku yang tajam.
Dapat.
Jaket hitam abah aku pakai. Stoking yang puas aku geledah dari laci plastik aku sarungkan pada kaki yang kesejukan menyentuh lantai berjubin.
Dan aku kembali ke ruanganku - si meja dan si kerusi, si laptop dan si buku-buku puisi.
...
Siang tadi agak aneh. Aku bersemangat. Entah kenapa. Kepalaku ligat dengan idea-idea mencurah-curah tentang apa yang akan aku buat hari ini, lebih-lebih lagi di tempat kerja. Aku mahu buat brosur maklumat tentang fakta-fakta itu dan ini, aku mahu buat seperti minizine lah dan apa lagi entah. Banyak. Aku salin satu-satu biar ia nampak jelas dan benar. Bukan unrealistic.
Bipolar?
Ah, sudahlah (ketawa). Aku dan self-diagnosis sepertinya enggan berenggang.
Selesai kerja, aku merancang mahu ke perpustakaan. Sebelum ke perpustakaan, aku merancang untuk membeli colour ink printer yang aku sendiri tak tahu untuk apa, tapi aku mahu beli. Aku tahu ia adalah untuk kegunaan, tapi aku tak pasti guna untuk cetak apa, tak jelas. (biarlah)
Dan dalam perjalanan, aku terlupa yang aku tidak membawa kad matrik. Setelah memaki diri, aku cuba positif agar pulang sahaja ke rumah untuk mengisi perut yang lapar. Juga lupa tentang ink printer dan seperti biasa memaki diri lagi kerana terlupa.
Tiba di rumah.
Berubah kedudukan perabot. Tidaklah begitu menghairankan kerana keluargaku memang suka memindahkan perabot dari tempat asalnya. Cepat bosan. Tapi yang lebih memedihkan adalah mak tak masak sebab sudah makan di majlis kenduri. Aku akur. Tak mengapa, ini bermakna jodohku dengan perpustakaan masih ada lagi pada hari ini. Sambil-sambil, boleh aku makan di cafe kolej di sana.
Kenapa beriya benar aku nak ke perpustakaan? Aku mau pulangkan buku, dah tamat tempoh pinjaman berdenda lagi RM8.80 (ambil kau). Dan aku meneroka lagi buku-buku yang aku boleh pinjam dan baca. Hilang sekejap lapar di perut.
Pengumuman dari pustakawan memaklumkan perpustakaan akan ditutup 15 minit lagi. Aku ambil 5 buku untuk dipinjam. Daripada 5 buku, hanya 1 buku aku dapat pinjam. (sedih).
Kenapa?
Sebab yang lain adalah buku rujukan. Tak boleh pinjam. Erghh. Aku betul-betul nak baca buku pasal Geriatrics tu (nak buat nota then jual dekat kawan- haha). Esok (yakni tarikh ini) cuti am. Jadi terpaksa tangguhkan.
Ironinya, buku ni yang aku dapat pinjam.

sumber: Google
So malam ni strangely, selepas chat dengan kawan, ambil sepupu yang datang dari KL, jalan-jalan dekat Uptown, aku boleh berjaga lagi malam untuk membaca buku ini dan update blog ni. Wow, I am so fabulous! (puji diri)
Selalunya masa ni dah tumbang. Geez.
Aku perasan penulisanku semakin casual. Lantaklah LOL.
Dan, sedikit sebanyak dari buku ini apa yang aku baca, adalah mengenai bagaimana kita, bagaimana persepsi kita terhadap kehidupan kita.
What's in your mind? Itu Facebook ke Twitter tanya.
Kau nak jawab ikut suka engkau ke, ikut apa orang kata atau takut apa orang kata?
Something like that.
Lakukan perkara yang aku suka, cabar diri aku untuk ubah pattern dan schedule aku, buat something strange, pelik, awkward asalkan berlainan dari yang sebelumnya. Just ubah. Contohnya sekarang, aku selalu tidur awal, sekarang akunak berjaga malam pulak LOL (ini contoh ya contoh)
LOL, Fahami kau dah cakap ni semua dari dulu tapi aku baru ada kesedaran kut. Haahaha LOL. Geez thanks Fahami.
Cukuplah penulisan kali ini. Dari skema aku terus masuk jadi casual.
Well, lantaklah. LOL
No comments:
Post a Comment