Saturday, 24 December 2016

Ilusi Fantasi

Gerak-gerak di bibirnya itu mempesonakan aku.
Kumat-kamit.
Perlahan tak terdengar
namun cukup untuk menusuk tepat ke hati.

Aku terinflasi
oleh garapan cintanya yang tak pernah jadi
Aku terbawa-bawa
oleh awan yang bolos dan angin yang berlalu

Tak apa
Aku masih mahu
Dibuai rasa nyaman ini
Biarpun bukan realiti.

No comments:

Post a Comment